THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 22, 2009

JEREBU LAGI

Jerebu di Kuala Lumpur


Sewaktu aku berada di rumah, aku kurang selesa dengan keadaan cuacanya agak pelik haba dan bahang agak panas,kipas dah full tapi still panas jg..nak rehat di bilik jangan cakap Hui!! punya la panas tak selesa langsung dibuatnya,nak tak nak terpaksa la rehat kat ruang tamu..Emmm rupa-rupanya itulah kesan jerebu.

Apakah Jerebu? Zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan jarak penglihatan mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.

* Pendar – cahaya, sinar, kilauan, kilat, seri, nur

Sekarang ni Malaysia dilanda El Nina, kemarau teruk. Walaupun hujan turun, hanya sedikit dan sekejap-Sekejap, tidak cukup untuk meredakan keadaan yang panas.Asal Kejadiannya Jerebu
seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu.

Zarahan yang dibebaskan terperangkap di dalam atmosfera jisim udara bergenang dan meningkatkan kepekatannya. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.
Pemerhatian menerusi satelit telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa kawasan yang panas di sekitar Sabah dan Sarawak, dipercayai disebabkan oleh pembakaran terbuka. Teringat jerebu teruk yang pernah dihadapi sewaktu form 5, 1997. Teramat teruk sehingga kalau duduk di rumah,pun tak nampak. Kalau tak silap, waktu itu penglihatan terhad kepada beberapa ratus meter sahaja.

May God Bless us..Amen

0 comments: