THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 24, 2009

Isteri tertuduh kes rompak sebenarnya lelaki tukar jantina


KUALA LUMPUR: Tidak ada apa-apa yang luar biasa bagi seorang isteri menjamin suaminya di mahkamah tetapi dalam satu kes di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, seorang 'wanita' yang mengakui isteri tertuduh didapati seorang lelaki yang dipercayai telah menukar jantinanya. Kekeliruan timbul dalam kes melibatkan tukang gunting rambut, P Ramesh, 40, yang mengaku tidak bersalah terhadap dua kes rompakan, dan 'isterinya' telah menjaminnya. Ketika Hakim Zainal Abidin Kamarudin sedang melihat kad pengenalan isteri Ramesh, beliau tiba-tiba terkejut mendapati nama yang tertera pada kad pengenalan 'wanita' itu ialah Rajandren a/l Nagarajan.
"Awak dah kahwin ke?" tanya Zainal Abidin kepada Rajandren yang berpakaian sari berwarna coklat yang tersenyum dan mengangguk. Rajandren mengakuinya bahawa mereka berkahwin secara tradisional tetapi belum didaftarkan kerana beliau belum menukar status jantinanya dalam kad pengenalan. "Macam mana saya nak gelar awak ni, Puan atau Encik? Macam ini sahajalah, saya panggil awak Encik sahaja ikut macam yang tertulis dalam kad pengenalan," kata Zainal Abidin, yang menambah ini adalah kali pertama beliau berjumpa kes seperti ini.
Ramesh dan rakannya, D Shanmuganathan, 31, seorang pemungut besi buruk, didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas, merompak wang tunai RM500, salinan pasport Bangladesh dan dua kad ATM milik warga Bangladesh, Babul Nejamuddin, di hadapan bangunan Menara Maybank, Jalan Tun Perak pada 10.30 malam 16 April lalu. Bagi kesalahan kedua, di tempat yang sama, Ramesh didakwa merompak wang tunai RM700 milik seorang lagi warga Bangladesh, Mohd Rajivur Rahman. Dia juga didakwa menyimpan harta curi iaitu seutas jam tangan milik Chung Kim Wooi, 61, di sebuah rumah di Lorong Haji Taib 2 pada jam 5.15 petang 5 Jun lalu. Hakim Zainal Abidin membenarkan Ramesh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Julai untuk sebutan semula kes.
- Bernama

# Berita yang sungguh mengemparkan...

Tuesday, June 23, 2009

Top 5 about Engku Aleesya Engku Emran

After 44 days ‘pantang period’, Erra Fazira, 35 and her husband Engku Emran introduce their baby, Engku Aleesya in Majis Aqiqah and Cukur Jambul on 23 May 2009.Here Top 5 about Engku Aleesya Engku Emran:

Engku Aleesya name choosen by her mummy, Erra Fazira
Engku Aleesya name means, ‘yang dilindungi’.
Engku Aleesya born on 30 Mac 2009, 11.40 a.m at Hospital Pakar Perubatan Damansara
Engku Aleesya weight is 4.04 kg and 51.5 cm height on the day she born.
Engku Aleesya face similar with her father, Engku Emran


Posted in Berita Artis Selebriti, Engku Emran, Erra Fazira, Foto Macho Artis, Foto Sexy Artis, Isu Hangat Artis

Gambar Panas Stacy Di peluk Jejaka

Someone out there will get jealous when Stacy been hug by cute guy. This exclusive picture was shoots for Majalah Mangga (June 09 Edition). This cute guy actually Stacy little brother named Chaq, (Camellus De`Lelli Anam) age 21 years old. Chaq is protégé for Ajai in Mentor TV3 reality show. Stacy wore sexy short skirt seem comfortable hugging her brother, Chaq. Grab Majalah Mangga at mamak newspaper shop today!
Gambar Panas Stacy Di Peluk Jejaka:


Posted in Uncategorized

Monday, June 22, 2009

JEREBU LAGI

Jerebu di Kuala Lumpur


Sewaktu aku berada di rumah, aku kurang selesa dengan keadaan cuacanya agak pelik haba dan bahang agak panas,kipas dah full tapi still panas jg..nak rehat di bilik jangan cakap Hui!! punya la panas tak selesa langsung dibuatnya,nak tak nak terpaksa la rehat kat ruang tamu..Emmm rupa-rupanya itulah kesan jerebu.

Apakah Jerebu? Zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan jarak penglihatan mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.

* Pendar – cahaya, sinar, kilauan, kilat, seri, nur

Sekarang ni Malaysia dilanda El Nina, kemarau teruk. Walaupun hujan turun, hanya sedikit dan sekejap-Sekejap, tidak cukup untuk meredakan keadaan yang panas.Asal Kejadiannya Jerebu
seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu.

Zarahan yang dibebaskan terperangkap di dalam atmosfera jisim udara bergenang dan meningkatkan kepekatannya. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.
Pemerhatian menerusi satelit telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa kawasan yang panas di sekitar Sabah dan Sarawak, dipercayai disebabkan oleh pembakaran terbuka. Teringat jerebu teruk yang pernah dihadapi sewaktu form 5, 1997. Teramat teruk sehingga kalau duduk di rumah,pun tak nampak. Kalau tak silap, waktu itu penglihatan terhad kepada beberapa ratus meter sahaja.

May God Bless us..Amen